Monday, April 18, 2011

Bab 2

                 “Hai Tania! You kenapa ni? Monyok semacam je?”. Pelik Ilham melihat sikap Tania. Selalunya ceria plus menggedik sentiasa bila berjumpa dengannya.
                “Dah puas berdating dengan budak hingusan tu?”. Tania masih geram dengan Ilham. Kalau semalam, alasan Azim tidak hadir, dia boleh terima lagi . Tapi hari ini, Azim kan dating. Kenapa sibuk nak study sama-sama dengan si minah keparat tu jugak? Study dengan Azim je kan boleh? Huh! Sakit hati betul lah!
                “Budak hingusan? Siapa? Ohh .. I paham. Damia eh ? Hey , I dengan dia takde apa-apa lah. I bukannya nak sangat pun study dengan dia tu.”
                “Habis tu? Tadi tu ape?”.
                “Ala .. takkan tu pun you nak jealous. Tadi tu , si Azim tu yang nak sangat study dengan Damia tu. Lagipun I saja je nak mainkan si Damia tu. Takkan lah I ni bodoh sangat nak couple dengan si minah bajet tu? Ish , selisih simpang malaikat 44! Dahlah tak cantik , bajet market pulak tu! Setakat muka macam dia tu , kat pasar malam belambak lah sayang. Tak cukup kat pasar malam, pasar tani,pasar borong , pasar jual ikan tu pun lagi berdozen you tau tak? Lainlah macam you, stok dari Korea pun belum tentu lagi ada , you tahu tak?”.
                “Ala , you ni . Saje je tau. Nak kena kan I. Malu lahh !”, Tania sudah mula menggedik. Hatinya senang kerana sang kekasih sudah terang-terangan menolak si pesaing mentah-mentah. So , kita enjoy! Haha!


                “Isk .. isk .Sial punya jantan! Dia ingat aku ni Barbie doll ape nak buat main-main? Kata aku bajet market lah , ape lah. Dia ingat, dia tu perfect sangat lah? Haktuii! Azim tu seribu kali lebih baik dari kau tau tak , jantan sial ! Huh!”. Damia terus menerus memaki Ilham sebaik terdengar perbualan antara Ilham dengan Tania tadi. Sebenarnya tadi secara kebetulan dia keluar  dari perpustakaan bersama Azim kerana ingin menuju ke kantin memandang perutnya sudah berbunyi tadi. Namun, niatnya terbantut apabila Ilham yang selama ini dipujanya, mengejinya dalam diam. Sakit hati rasanya!
                “Dah la tu. Biar lah dia tu. Nah, ambil ni. Lap air mata tu. Dah macam tenuk hilang anak dah aku tengok muka kau tu”. Azim menghulurkan sapu tangan dari dalam poketnya kepada Damia lalu duduk di sebelahnya.
                Aik? Macam mana dia tahu aku kat sini? Perlahan-lahan Damia menyambut huluran Azim. Eh, jap. Dia kata muka aku macam tenuk hilang anak? Ya Allah! Hodohnya! Malu siot!
                “Eh, macamana kau tahu aku ada kat sini?”, hanya soalan itu yang mampu dikeluarkan dari mulut Damia akibat menahan malu yang teramat.
                “Dah tu, tadi bila kau nampak si Ilham dengan si Tania tu terus kau lari. Aku pun kejar lah kau. Tak nak aku pergi kantin sorang-sorang. Takut..”. Selamba sahaja wajah Azim. Huh? Takut? Apa jenis jantan lah dia ni! Tak gentle langsung!
                “Eh, tapi kan .. aku peliklah. Mcam mana si Ilham bahalol tu boleh tahu aku suka dia? Aku tak pernah pun bagitau dia . Orang lain pun tak. Kawan –kawan aku mustahil kot. Melainkannn .... “, Damia memandang Azim . Tak lain tak bukan lagi!
                “Err .. Damia. Cikgu Nora kata hari ni kita kena siapkan kerja kat bilik kaunseling tu sama-sama hari ni jugak. Esok pelawat dah nak datang. Err, so jangan lupa ea, pukul 5 nanti datang sekolah kita buat kerja tu sama-sama . Bye! “. Azim terus berlalu tanpa menunggu jawapan dari Damia. Nafas Damia sudah turun naik.
                “Azimmmmmm !!!!” .

Bersambung...

1 comment:

secret Ash said...

Jaat siot Ilham tuu...!!