Wednesday, May 4, 2011

Bab 4

                “Alamak ! Rosaklah pulak motor aku ni ! Beb, turun dulu kejap”, Damia mengarahkan Azim supaya turun dari motorsikalnya. Hishh , apa kena pulak dengan motor aku ni? Tadi elok je.
                “Apehal wei? Motor kau rosak ke ?” . Azim turun dari motorsikal Damia lalu berdiri bersebelahan dengan Damia.
                “Entah. Tadi okay je. Kau lah ni, berat sangat !”. Damia cuba melihat keadaan motornya.
                “Hek eleh , setakat 50 kg pun kau dah nak bising. Nampak sangat tak ikhlas nak bawak aku .. “. Azim berpura-pura merajuk. Damia yang perasan akan rajukan Azim, mempedulikannya. Ah, kisah apa aku kalau kau nak merajuk pun.
                “Eleh kau ni. Tak kan tu pun nak touching kot? Ye la , ye la . Sorry. Zim, kau reti tak betulkan motor ni?”.
                “Aku? Mana reti beb! Motor pun aku takde. Eh , sekejap eh. Aku nak pergi sana kejap.”
                “Ala , kau nak pergi mana? Takkan nak tinggalkan aku kat sini kot” .
                “Sekejap je lah. Kau ni pun , mentel sangat.”.
                Huh .. Damia mengeluh kecil di dalam hati.Azim ni sengal lah. Ingatkan ada dia, bolehlah tolong aku sikit. Ini tidak, makin menyakitkan hati aku adalah !
                “Ala , Mia. Ni kan dah nak dekat dengan rumah aku. Kau heret je lah motor jambu kau ni singgah rumah aku sekejap”.
                “Huh , yelah ! Ye lah !”. Damia menurut sahaja kata-kata Azim.
                Sebaik sampai di rumah Azim, Azim mengajak Damia masuk ke dalam rumahnya memandangkan hujan sudah mulai turun rintik-rintik.
                “Kau duduk lah dulu. Aku pergi masuk bilik aku jap”. Langkah Azim laju menaiki anak tangga menuju ke kamarnya.
                Damia sekadar memerhati gambar-gambar yang tersusun rapi di atas meja. Tiba-tiba, matanya tertarik dengan satu gambar keluarga. Ada dua orang tua iaitu orang tua Azim, seorang budak lelaki dan seorang bayi comel sedang dikendong. Eh , budak lelaki ni , Azim? Alololo .. comelnya !!

                “Aku tahu la aku comel. Kot ye pun tak payahlah tenung gambar tu lama-lama. Tembus karang”, Laung Azim yang sedang dalam perjalanan menuju ke dapur.
                Alamak, macam mana dia ni boleh ada kat bawah? Bukan dia kat atas ke tadi? Ya Allah, malunya.! Damia cuba berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Damia melabuhkan punggungnya di atas sofa putih di ruang tamu Azim.
                “Mia, kau tinggal aje lah dekat rumah aku malam ni. Kat luar hujan lagi tu. Lagipun mana ada kedai motor buka malam malam macam ni”. Azim melangkah kearah Damia sambil membawa dua cawan minuman panas.
                What?! Tinggal kat rumah kau malam ni? Gila apa? Dahlah berdua ! Karang nanti tak pasal-pasal kena tangkap khalwat , naya je!
                “Err .. tak boleh! Parents aku dah tunggu kat rumah.” Damia berdalih sambil menghirup minuman yang diberikan Azim tadi.
                “Tak payah nak tipu sangat. Parents kau kan pergi dinner kat Cherating”.
                “Err .. macam mana kau boleh tahu ni?”. Damia cemas apabila tembelangnya tidak menjadi.
                “Hoi, kan parents kita kerja kat syarikat yang sama. Parents aku pun pergi dinner , dengan adik aku sekali. Aku je tak ikut. Ala, kau jangan risau lah. Bibik aku ada kat rumah malam ni. Bukan kita dua orang je”. Azim seakan-akan memahami apa yang terdetik dalam hati Damia.
Fuhh , nasib baik ada bibik ! Bibik , I love you , bibik ! Tapi , alaa... aku tak nak duduk rumah dia !
“Ah , kau jangan kata tak nak. Karang jadi apa-apa kat kau kat luar tu karang , aku juga yang susah. Lagipun , kau ada kunci rumah ke?”. Azim sudah tersengih-sengih.
“Eh , mestilah ada ..! Ni ha! Eh .. eh .. mana pulak kunci aku ni?”. Damia meraba-raba poket seluarnya. Mana pulak menatang ni pergi?
“Dah , tak payah nak buat muka cuak. Aku Nampak tadi kunci rumah kau Cikgu Nora terambil. Aku nak bagitahu kau tadi , tapi kau masih marah kat aku. Aku buat derk je lah “.
Pada cikgu? Hadoii .. memang nasib malang lah aku hari ni. Nak tak nak, kenalah aku tidur kat rumah Azim malam ni. Apalah malang nasib ...

1 comment:

secret Ash said...

LOL... semakin best cite nie... Good job!