Monday, April 18, 2011

Bab 3

                “Err .. alamak! Dah pukul 8 lah . Cikgu nak kena hantar anak cikgu pergi tuisyen lah. Kamu berdua siapkan kerja ni dulu, boleh? Lagi sikit je kan? Nanti pukul 9 kamu berdua dah boleh balik rasanya.” Cikgu Nora berasa bersalah kerana tidak dapat menyiapkan kerjanya.
                “Ala, takpe cikgu. Sikit lagi je ni. Kejap lagi siap la kot. Cikgu baliklah. Biar saya dengan Damia siapkan kerja ni sama-sama”, ujar Azim sambil menjeling ke arah Damia, namun tiada respon. Dia marah lagi kot, Azim mengagak.
                “Terima kasih ye. Cikgu balik dulu ya ! Hati-hati !”. Cikgu Nora terus mencapai tas tangannya lalu keluar dari bilik kaunseling.
                “Err .. Mia. Kau marah kat aku lagi ke?”, Azim bertanya seraya duduk berhadapan dengan Damia. Namun Damia masih membatu.
                “Ala , aku bukannya apa. Aku just nak tengok kau happy je. Lagipun aku tak sangka yang Ilham akan cakap sampai macam tu sekali kat kau. Sorry okay?” . Azim menghalakan mukanya kepada Damia sambil mengelip-ngelipkan matanya ala-ala memohon simpati.
                Damia sudah mahu tergelak melihat mimik muka Azim. Adoi mamat ni, nak tayang muka bajet suci dia kat aku. Macam tau tau je aku cair tengok muka dia macam tu. Tahan Mia, tahan!
                Azim sudah berputus asa apabila permohonan maafnya tidak disambut Damia. Aduhai minah sekor ni. Apalah susah sangat nak maafkan orang? Bukannya aku rogol dia pun! Tapi padan muka aku jugak! Siapa suruh aku bagitau dekat Ilham pasal Damia syok kat dia? Kan dah jadi macam ni. Huhh.. Azim mengeluh sendiri.
                “Aku dah siap kemas ni. Nanti kau keluar jangan lupa kunci bilik ni tau. Aku nak pergi tunggu bas pulak ni. Tertinggal pula karang.” Azim memberitahu Damia yang sedang berada dalam ruang kecil di dalam bilik kaunseling itu.
                “Bye ..” Azim meninggalkan Damia keseorangan setelah tiada respons yang diberikan oleh Damia.
                Sebaik Azim keluar dari bilik kaunseling,terbahak-bahak Damia ketawa. Puas sudah dia menahan tawanya dengan tindak tanduk Azim tadi. Semuanya dilakukan oleh Azim, sehingga Damia sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Setelah kira-kira 10 minit Azim pergi, Damia mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah. Sengaja dia melewatkan pemergiannya, tidak mahu bertembung pula dengan Azim.


                “Alamak! Mana bas ni. Dah berjanggut aku tunggu. Takkan dah terlepas kot. Hadoii ..” . Azim mengeluh sendirian. Malang sungguh harinya hari ni. Sudahlah dimarahi Damia, sekarang ditinggal bas pula. Bala, bala ...
                “Nak tumpang aku tak?” . Damia menegur Azim yang sedang leka termenung di perhentian bas berhampiran sekolah mereka. Niat di hati , mahu sahaja dia pergi memecut motosikalnya pulang terus ke rumahnya. Tetapi , terbit rasa kasihan di hatinya apabila melihat Azim menunggu bas yang tak kunjung tiba.
                “Eh , kau rupanya. Err .. kau tak marah aku lagi ke?” . Muka Azim sudah bercahaya ibarat disimbah lampu minyak tanah apabila Damia menegurnya. Yeay! Dia tak marah aku lagi !
                “Aku tanya, nak tumpang aku ke tak? Kalau tak nak , takpe . Aku blah dulu ..”. Damia sudah menghidupkan kembali enjin motornya .
                “Eh , eh .. Tak tak . Eh .. maksud aku , ya . Iya , ya. Aku tumpang kau.” Azim cepat-cepat memotong percakapan Damia. Karang aku tolak, tak pasal-pasal kena menginap macam mayat hidup kat bus stop ni.
                Azim menyambut perlahan-lahan topi keledar yang dihulur oleh Damia. What?! Pink! Gila apa! Merah jambu merupakan warna yang sangat dibenci oleh Azim. Jambu lah , apa lah. Tapi sekarang , darurat! Tak kira apa jua , dia harus pulang bersama Damia! Pink pun pink lah!
                “Woi! Nak naik tak nak naik ni ?”. Damia hilang sabar apabila Azim tidak juga menaiki motorsikalnya.
                “Nak nak!” Azim pantas menaiki motorsikal merah jambu bercorak bunga milik Damia. Pink? Ye , untuk pertama kali , Daniel Azim mendekati barang-barang bewarna merah jambu! Kau memang hebatlah , Azim !

bersambung ... 

No comments: