Wednesday, March 30, 2011

Bab 1

“Eh , Damia ! Tu Ilham kan? Dia datang sini lah . Mesti nak ngorat kau!” ,bisik seorang pelajar berkaca mata , Syasya. Sofea dan Farha sudah tersenyum-senyum sambil menarik tangan Syasya agar berundur sedikit ke belakang. Wajah Damia sudah kemerahan ibarat terlebih blusher akibat menahan malu.
                “Hai Mia. Buat apa kat sini?” ,sapa Ilham seraya duduk berhadapan dengan Damia. Buku matematik tambahan yang berada di tangannya tadi sudah diletakkan di atas meja. Memang biasanya waktu begini dia mengulangkaji pelajaran di perpustakaan bersama rakannya , Azim. Tetapi hari ini Azim tidak hadir , terpaksalah dia mengulangkaji pelajaran bersendirian. Kebetulan berjumpa dengan Damia , dapatlah dia duduk bersama Damia dan rakan-rakannya.
                “Err .. tak buat apa lah. Saja , duduk duduk baca buku” , ujar Damia lembut sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Senyuman yang bisa membuat sesiapa sahaja yang memandangnya cair. Namun tidak Ilham. Ilham hanya menganggap Damia sebagai rakan setugasnya sebagai pengawas sekolah, sama seperti Azim.
                Tiga orang gadis di belakang Damia sudah tersenyum-senyum sambil mencuit cuit Damia. Ilham jadi hairan. Kenapa dengan diorang ni? Gila ke?
                “Eh , kamu bertiga kenapa tak duduk? Jomlah , boleh borak borak sikit”, ajak Ilham.
                “Err .. takpelah . Sekejap lagi kitorang semua dah nak balik . Mak saya dah tunggu kat depan ni. Korang berdua borak boraklah. Kami balik dulu ye. Bye!”, bohong Sofea. Lalu mereka bertiga berjalan seiringan keluar dari perpustakaan sekolah. Damia kebingungan. Aik , bila masa pulak mak dia dating ambil kat sekolah? Bukan ke hari-hari dia balik jalan kaki dengan aku? Cis , memang dasar nak kenakan aku lah ni! Damia mendengus dalam hati.
                “Azim mana? Tak Nampak pun dia hari ni “, Tanya Damia mencetus kesunyian di dalam perpustakaan.
                “Oh , dia tak datang hari ni . Katanya penat “, jawab Ilham.
                “Penat? Eh , dia pergi latihan bola sepak ke semalam? Eh , semalam hari Ahad , mana ada latihan. Hehe .. sorry sorry”.
                “Haha , bukan penat sebab tu lah . Dia penat keluar masuk tandas buat ‘kuih’ . Sebab tu dia tak datang hari ni. Semalam dia kena cirit birit , salah makan...”.
                “ Salah makan ? Dia makan apa?” , soal Damia lagi.
                Ish , banyaknya tanya budak kecil ni. Sabar aje lah ..
                “Dia pergi makan lauk malam kelmarin. Katanya lapar sangat. Habis ditelannya satu mangkuk “, jawab Ilham .
                “ Ishh , poyonya dia .! “, Damia sedang membayangkan betapa gelojohnya Azim sampai semangkuk lauk dihabiskan. Azim Azim ..
                “ Kawan siapa kan? Damia jugak “, usik Ilham.
                “Eleh , kawan dia jugak “, Damia memulangkan paku buah keras.
                Akhirnya mereka tertawa setelah masing-masing tidak mahu kalah. Tanpa mereka sedari , sepasang mata sedang memerhatikan kemesraan mereka dengan iri hati ..

bersambung ...

No comments: