Thursday, June 30, 2011

Bab 6

              “Eh , Mia ! Kau dah sihat ke? Kenapa kau datang sekolah ni?”. Azim menegur Damia yang sedang belajar bersama rakan-rakannya di pondok belakang sekolah . Tangan Azim laju ingin merasa dahi Damia dek kebimbangannya terhadap kesihatan Damia namun pantas ditepis oleh Damia.
                “Eh , eh .. suka hati je nak pegang-pegang dahi orang. Nampak ni?!” . Damia menunjukkan buku limanya yang tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan Azim.
                “Eleh . Nak tumbuk orang konon. Penumbuk tak cukup matang ada hati nak tumbuk orang. Ala , kau ni. Aku tanya lain kau jawab lain. Aku tanya ni , kau dah sihat ke? Kan hari tu kau demam? Panas gila doe badan kau masa kau tidur kat .... awwww !” . Azim menjerit selepas Damia memijak kakinya sebelum sempat Azim menghabiskan kata-katanya.
                “Weh , korang. Aku chaw dulu. Aku baru teringat yang ada perjumpaan pengawas sekejap lagi. Bye.” Damia bangkit dari tempat duduknya lalu menarik lengan baju Azim pergi dari situ . Rakan-rakan Damia kehairanan dengan tingkah laku Damia dan Azim.


                                “Weh , mana ada perjumpaan pengawas hari ni? Kau demam lagi eh?”, ujar Azim sambil membetulkan lengan bajunya yang ditarik Damia tadi.Ishh , minah ni . Penat-penat aku gosok dia suka-suka hati je tarik baju aku. Kan dah renyuk seribu!
                “Aku kelentong je tadi. Kau ni! Janganlah bagitau diorang yang aku tidur kat rumah kau. Malu je!”.
                “Haih? Malu? Sejak bila pulak kau ni jadi pemalu? Lagipun kita bukan buat apa-apa pun.”.
                “Hishh kau ni. Ada je jawapannya. Aku kata jangan, janganlah. Karang aku merajuk lagi karang ...”, Damia memanjangkan muncungnya.
                “Okay, okay. Janganlah merajuk lagi. Penat lah nak pujuk. Tak mau cenggini la darling!” . Azim sengaja menyakat Damia.
                “Err .. darling? Wekkkk! Nak temuntah aku dengar tau? Huh!” . Damia mendengus kasar sambil berlalu meninggalkan Azim.
                Azim tersengih-sengih melihat reaksi Damia. Makin comel!


bersambung ...

No comments: