Thursday, June 30, 2011

Bab 7

                “Mia! Mia!”, laung Ilham. Damia memberhentikan langkahnya. Haishh , nak apa lagi lah mamat ni? Mia menoleh ke belakang.
                “Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Ilham?”. Damia memandang wajah kacak Ilham. Matanya yang redup bikin hati perempuan tak keruan. Termasuklah Damia. Tapi tu dulu! Sekarang tak lagi! No and never! I don’t want banana fruit two times! Haha..
                “Mia, saya perasan sejak kebelakangan ni awak selalu menghindar dari saya. Waktu bertugas pun awak dah tak berbual dengan saya macam dulu. Awak asyik layan Azim je. Kenapa? Saya ada buat salah ke?”. Ilham bersuara sambil memandang Damia dengan pandangan kasanovanya. Hai, nasib baiklah aku dah tahu perangan sebenar kau , Am. Kalau tak, boleh cair aku tahu!
                “Eh, takde lah. Awak tak buat salah apa-apa pun. Cuma saya rasa saya tak layak nak kawan dengan awak. Ye lah, saya ni kan budak hingusan, bajet market pulak tu. Setakat muka saya ni, berdozen awak boleh dapat kat pasar, kan?”. Damia tersenyum sinis. Huh, kalau boleh nak aje aku maki hamun dia ni! Tapi, relaks Mia, bende boleh settle ..
                Gulp! Macam aku pernah dengar lah ayat ni. Tapi di mana ya? Ilham berkata dalam hati.
                “Apa awak cakap ni? Saya .. saya tak fahamlah.” Ilham mengerutkan dahinya. Setahu aku, aku cakap macam tu dekat Tania hari tu. Macam mana dia boleh dengar? Ke Tania yang cakap kat dia?
                “Ala, awak tak payahlah nak faham sangat. Saya sedar siapa diri saya. Dan jangan risau, lepas ni saya tak akan ganggu awak lagi”. Damia tersenyum lagi.
                “Oh, kiranya awak dah tahu lah ya? Okay. Tak payah lah susah-susah saya nak buat baik dengan awak lagi. Okay ,I got to go lah. Bye”, ujar Ilham seraya mengangkat kaki meninggalkan Damia.
                “Arghhhh , geramnya aku dengan dia ni! Belagak betul! Ingat aku hadap sangatlah dengan dia tu? Pigidah! Azim si berjerawat batu tu seribu kali lagi baik dari kau tau tak?!” Damia menjerit perlahan. Sakit hatinya melihat sikap Ilham. Macam mana lah aku boleh sangkut dengan dia ni dulu?
                “Thanks, Mia!”. Tiba-tiba Azim muncul dari belakang Damia. Bibirnya mengukir senyuman meleret hingga ke telinga.
                “Err .. thanks? Thanks for what?”. Damia bertanya kepada Azim sambil mengurut-urut dadanya akibat terkejut dengan kehadiran Azim. Sejak bila pulak dia ni ada kat belakang? Haish , macam jembalang tanah betul lah!
                “Thanks sebab cakap aku seribu kali lagi baik daripada Ilham. Hehe ..” . Azim berjalan mendekati Damia yangh sedang bertugas menjaga bangunan sekolah sendirian.
                “Eleh , perasan. Tadi tu aku tak sengaja je lah. ‘Ter’ keluar nama kau secara tiba-tiba. Faham? ‘Ter’ keluar! Huh!” . Damia mencebik sambil menulis sesuatu di dalam buku laporannya.
                “Haha .. iya lah tu. Eh, Mia. Petang nanti aku ada latihan bola sepak. Kau nak ikut tak?”, Azim membuka topic baru. Malas hendak memanjangkan perbualan mereka sebentar tadi. Kalau dilayan, alamatnya tak habis lah!
                Damia berhenti daripada menulis. Dia memikirkan cadangan Azim. Macam best jugak kan? Daripada aku duduk rumah takde buat apa-apa, lebih baik aku pergi ikut si Azim ni.
                “Okay lah, aku datang pukul 2 petang nanti.” Damia mengangkat dua jarinya menandakan ‘2’.
                “Okayy ! Set ! Sayang kauu !”. Azim menyengih sambil melalukan aiskrim di tangannya ke hidung Damia. Habis hidung Damia terkena aiskrim perisa vanilla itu. Azim terkekek ketawa melihat wajah Damia yang sudah comot lalu berlari meninggalkan Damia.
                “Aziiiiiimmm!!”. Damia menyeringai. Siaplah kau nanti !

bersambung ..

No comments: