Monday, May 16, 2011

Bab 5

               “Mia ! Oh Mia ku bucuk ! Bangun !!”. Suara Azim separuh menjerit mengejutkan Damia yang masih lena di atas sofa empuk di ruang tamu sementara dia pergi meneguk air masak di dapur.
                Eh ,minah ni. Aku dah jerit pun tak nak bangun lagi ke? Azim kehairanan apabila Damia masih tidak bangun sedangkan setahunya suaranya mengejutkan orang dari tidur sangat kuat sehingga jiran sebelah turut terjaga. Azim menuju kearah Damia perlahan-lahan. Aik, minah ni dah kenapa berselimut tebal bagai?
                “Mii....”. Azim tidak jadi mengejutkan Damia sebaik melihat muka Damia yang sedang tidur senyenyak-nyenyaknya. Comel jugak dia ni kan? Apalah bengap sangat si Ilham tu ! Tolak si Damia ni mentah-mentah semata-mata nak dekat minah gedik bajet diva tu. Damia ni pun okay apa! Azim meniup-niup bulu mata Damia yang melentik dan panjang itu. Seronok pula rasanya. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama dia melihat bulu mata sepanjang itu. Azim terkekek sendirian apabila mata Damia sedikit terbuka setiap kali dia meniup, tetapi selepas itu Damia tidur kembali.
                Azim menggerakkan tubuh Damia yang diselubungi selimut tebal. Uihh , panasnya! Eh , kenapa dengan Damia?
                “Damia! Kau demam ke?!”. Azim cemas sebaik terasa tubuh Damia yang panas.

*****

                “Azim, kau balik lah dulu. Takpe , aku boleh uruskan diri aku sendiri ..”. Kesian pula Damia melihat Azim asyik menjaganya.
                “Kepala otak kau suruh aku balik. Ni kan rumah aku, aku nak balik mana lagi ?”. Azim tersengih-sengih memandang Damia. Hishh , sengalnya minah ni ...
                Muka Damia merah padam. Macam mana aku boleh lupa pulak ni? Ishh , kan dah bengang sendiri.
                “Kau nak balik ke? Kejap lagi teksi datang, aku hantar kau balik. Tadi aku dah minta kunci rumah kau dekat cikgu Nora.”
                “Ohh , okay. Aku takde hal.”Peh , caring juga dia ni . Hehe .. Bibir Damia mengukir senyuman ..

No comments: