Saturday, August 20, 2011

Bab 8


                Damia memerhati Azim dan rakan-rakannya berlatih bermain bola sepak petang itu. Angin sepoi-sepoi pada petang itu amat nyaman, tapi tidak cukup untuk menyamankan Damia. Sakit di perutnya menjadi-jadi. Mahu sahaja dia duduk beristirehat di rumah, namun mengenangkan janjinya pada Azim dia datang juga.
                Azim yang sedang asyik menggelecek bola terhenti seketika sebaik melihat Damia. Aik , kenapa minah ni senyap semacam? Kalau tak bersorak sakan tengok aku main. Terngiang-ngiang di telinga Azim suara Damia bersorak namanya meniru gadis junior yang fanatik yang amat terhadapnya. “Go Azim! Go Azim! Go! Go! Go!”. Lebih kurang begitu suara Damia sambil meniru gaya-gaya gedik junior-junior senget itu. Wajah Damia yang sedari tadi asyik berkerut menambahkan kerunsingan di hati Azim. Baru sahaja berlari beberapa langkah menuju ke arah Damia , tiba-tiba Azim terdengar ada suara memanggilnya dannn .........
                ‘Gedebukkkk!!’


Azim membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan kelibat rakan-rakannya mengerumuninya. Ada yang mengipas-ngipas, meniup perlahan, tak kurang juga yang menadah tangan seolah-olah sedang berdoa. Eh, kenapa dengan diorang ni? Di sisi kanannya kelihatan Damia sedang mengipas-ngipasnya dengan surat khabar. Terus Azim bangun dan ...
                “ Damia, kau tak ada apa-apa ke? Dari tadi aku tengok kau senyap je. Muka pun berkerut seribu. Kau sakit eh?” , tanya Azim bertalu-talu. Kepalanya yang masih pening-pening lalat dipicit dengan tangannya.
                “Eh mamat ni. Orang semua risaukan dia, dia bangun-bangun Damia terus. Haii , Damia Damia. Ilmu apalah kau guna ni ha?” gurau Hazwan, teman gila-gila Azim. Teman-teman Azim yang lain awal-awal lagi dah bantai gelak.
                Muka Damia sudah naik merah. Hish diorang ni! Kang ada yang tak pasal-pasal makan kaki!
                “Aku balik dulu lah !”. Damia berkata diiringi dengan cebikan di bibir.
                “Eh, Mia! Tunggu lah!”, Azim menjerit memanggil Damia namun tiada sambutan. Damia meneruskan perjalanan menuju ke motorsikalnya.
                “Hishh , korang lah ni. Kan dah lari ..” . Azim mengeluh. Hai, nampaknya terpaksalah dia jalan kaki hari ni . Kalau tak boleh tumpang Damia.
                Teman-teman Azim masih ketawa melihat muka Azim yang bagai baru terlepas menonton perlawanan bola sepak. Frust menonggeng!


Damia menyapu minyak angin di perutnya. Sakit ‘perempuan’nya sudah datang. Sakitnya sudah berkurangan sedikit berbanding petang tadi. Kebosanan mula menghantui Damia. Dia keluar dari kamarnya menuju ke ruang tamu.
                Hai, macam nilah nasib jadi anak tunggal. Sunyi je rumah ni. Papa dan mama dari pagi pergi kerja tak balik-balik. Kadang-kadang pergi outstation berminggu-minggu. Kalau cuti pun , takde maknanya nak melekat kat rumah. Mama sibuk dengan kawan-kawannya . Ke salon lah , spa lah , aktiviti sana, aktiviti sini. Papa pulak tak habis-habis dengan golf dia. Huh!
                Damia menekan punat alat kawalan jauh , mencari-cari rancangan televisyen yang boleh ditonton untuk menghilangkan kebosanan. “Huh!”. Satu keluhan kecil dilepaskan. “Balik-balik cerita yang sama je diulang tayang. Hish , bayar mahal-mahal tapi siarannya asyik diulang tayang. Dah lah tu, cerita dari seberang pulak berlambak-lambak! Naik jemu jelak aku tengok. Dah lah episodnya beratus-ratus, boleh berjanggut tunggu cerita tu habis.” Damia membebel sendirian. Akhirnya dia masuk semula ke dalam biliknya.
                Damia menuju ke arah komputer ribanya yang terletak di meja belajar di penjuru kamarnya. Sebaik menghidupkan komputer ribanya, tangan Damia pantas mendaftar masuk laman Facebooknya. Sedang dia sibuk berbalas komen dengan geng-geng ‘gonjeng’nya , Shasha, Sofea dan Farha , tiba-tiba satu mesej masuk. Damia lantas membukanya. Dari ‘Daniel Azim’ ...

*klik untuk hasil yang lebih memuaskan :)


                “Haha , mamat ni. Entah apa-apa aje” . Damia tersenyum sendirian. Teringat peristiwa petang tadi. Sebenarnya dia sakit perut ‘versi perempuan’. Takkanlah nak beritahu Azim kot. Lagipun , usikan teman-teman Azim membuatkan dia tidak senang duduk. Ada ke patut diorang kata aku pakai ilmu guna-guna kat Azim? Ish, selisih simpang malaikat 44 !

Bersambung ... 

1 comment:

secret Ash said...

^^, Nampak real pla cerita nie lpas ada gambar FB tuu... Suka kat Novel awak... Update ar cecepat... Nak baca... :)